Membongkar Penipuan Tajuddin Othman Abdullah

Friday, March 31, 2006

Main Page

Laman web ini adalah bagi untuk memperjelaskan mengenai penipuan dalam satu artikel berbentuk temuramah yang kononnya seorang yang bernama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang mendakwa diri adalah seorang bekas paderi BESAR Catholic dengan nama Thomas Laiden dan berkhidmat di St Mary’s Church, Sandakan Sabah pada 1988 telah menukar agama kepada agama Islam.

Anda boleh baca temuramah itu di sini : Kisah Paderi Masuk Islam Sabah

Cerita mengenai "Ustaz" di telah lama tersebar di Internet sejak tahun 1998-1999 sehinggalah sekarang. Dari datang artikel ini pada mulanya adalah tidak ketahui. Artikel temuramah ini telah dicopy-paste oleh banyak website yang lain dan merupakan antara artikel yang paling popular yang berkaitan dengan negeri Sabah dalam internet. Namun apa yang menghairankan artikel seperti yang ini: Iktibar bagi mereka yang mudah terpedaya tidak pernah ditimbulkan oleh laman2 web berkenaan.

Kebanyakan orang yang membaca artikel ini tidak kira orang Islam dan juga orang Kristian sendiri mempercayai sepenuhnya artikel tanpa usul periksa.

Penipuan dalam temuramah ini juga disahkan melalui artikel2 dibawah:
Official Press Statement from Catholic Church Sabah (BM & BI)
No Such Priest in Sabah says Bishop
Rahsia Terbongkar
Kisah sebenar disebalik artikel

Apa tujuan sebenar artikel itu ditulis adalah tidak diketahui tapi tindakan penulis temuramah dan 'ustaz Tajuddin' dengan artikel sepanjang 2000 lebih perkataan itu boleh merosakkan keharmonian kehidupan masyarakat pelbagai bangsa dan agama di Malaysia.